11:47 PM

Aktiviti Sukan Sempena Hari Guru

BP menguruskan pertandingan yang bertema 'Ratu Surat Khabar' seperti yang telah ditetapkan oleh BSR (Biro Sukan dan Rekreasi). Guru pelatih yang mengertai pertandingan ini terdiri daripada kakak KPLI. Mereka memberikan kerjasama yang baik dan proaktif dalam pertandingan ini. Pelbagai ragam dan gelagat terpamer ketika sesi menyiapkan ratu kumpulan.

Mereka melakukan kerja dengan pantas dan idea yang datang mencurah-curah menyebabkan saya memanjangkan waktu pertandingan. Hasilnya tidak menghampakan apabila ratu setiap kumpulan tampak cantik bergaya dengan rekaan baju masing-masing. Tahniah dan syabas diucapkan atas kerjasama yang diberikan!!!





BIRO PENDIDIKAN 2009/2010
AKTIVITI SUKAN HARI GURU 2009

PERTANDINGAN RATU SURAT KHABAR

Syarat dan peraturan permainan:

Lapan unit daripada unit KPLI wajib menghantar sepasukan yang terdiri daripada 4 orang pemain acara ini.


Seorang daripada peserta akan menjadi ratu yang akan dipakaikan pakaian yang diperbuat daripada surat khabar.


Tiga orang ahli kumpulan yang lain pula akan dipertanggungjawabkan untk mereka bentuk pakaian mengikut daya kreativiti tersendiri.


Peserta menggunakan peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur.


Penambahan aksesori lain adalah dibenarkan.


Masa yang diperuntukkan hanya 20 minit.


Setelah selesai, ratu perlu membuat gaya yang menarik untuk mempersembahkan pakaiannya.


Kumpulan yang tidak mematuhi peraturan pertandingan akan tersingkir daripada pertandingan.


Cara permainan :

Pemain akan menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan pakaian yang tercantik untuk dipakaikan kepada ratu.
Ratu akan menggayakan pakaian.


Instrumen penilaian :

Pemarkahan terbahagi kepada empat bahagian :

Kreativit – 60
Penampilan ratu – 20
Kekemasan – 10
Sahsiah – 10

11:10 PM

Persiapan Sambutan Hari Guru Peringkat IPGM Kampus Perempuan Melayu

Pada 18 Mei 2009 , Sambutan Hari Guru telah diadakan. Tugas utama BP ialah menyiapkan latar (backdrop) dan buku program.

Kerjasama dalam biro adalah tunggak utama kejayaan menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana dapat bekerja bersama-sama ahli biro yang lain..
Aisyah n Amal...
terima kasih daun keladi...



~Pengorbanan masa dan tenaga bukan sesuatu yang
mudah diberi tanpa keikhlasan di hati.
~ Amanah dipikul kerana ikrar tersemat kukuh di hati.
~ Tiap cabaran dihadapi pasti!

10:21 PM

...WANITA SOLEHAH...

Wanita solehah itu aurat dijaga,

Pergaulan dipagari,

Sifat malu pengikat diri,

Seindah hiasan di dunia ini,

Keayuan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikan wajahnya,

Kemanisan wanita solehah tidak terletak pada kemanjaannya,

Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya
yang menggoncang iman para muslimin

Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannyabermain lidah memujuk rayu

Bukan dan tidak sama sekali,

Kepetahan wanita solehah bukan pada barang kemas atau perihal orang lain

Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama,

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandangan dari segala aspek

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada...akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk dinilai,

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,

Kerana satu hari nanti ianya akan lapuk ditelan zaman,

Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,

Agar diri kita bersih dan sentiasa mendapat rahmat Ilahi,

Wahai wanita jangan dibangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,

Kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita ataskekurangan dirimu,

Kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,

Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut

pada wanita hanya kerana kecantikan parasnya,Bersyukurlah atas apa yg ada

Serta berusaha demi keluarga, bangsa, dan agama,

Salam perjuangan untuk sahabatku semua...

1:14 AM

Kuala Lumpur International Book Fair 2009

Pesta Buku Antarabangsa yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur pada 17 hingga 26 April yang lalu telah memberi buah fikiran kepada Biro Pendidikan untuk menghantar guru pelatih IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka melawat tempat pameran tersebut. Lawatan yang berlangsung pada 19, 25 dan 26 April yang lalu bertujuan untuk menggalakkan sikap membaca dalam kalangan guru pelatih.

Biro Pendidikan selaku biro yang menganjurkan lawatan ini telah membuka penyertaan seramai 40 orang pada 19 April, 80 orang pada 25 April dan 40 orang pada 26 April menjadikan jumlah keseluruhan guru pelatih yang menyertai lawatan ini seramai 160 orang. Walaupun sudah banyak peluang penyertaan yang dibuka, namun masih banyak permintaan kerana terlalu ramai guru pelatih yang berminat untuk menyertainya.

Sepanjang berada di sana, guru-guru pelatih berpeluang bersua muka dengan ramai penulis buku terkenal tanah air seperti SN A. Samad Said, Fatimah Syarha dan ramai lagi. Penulis dari negara seberang, Habiburrahman El-Shirazy juga turut hadir sama untuk bertemu dengan peminat hasil tulisannya.

Habiburrahman El-Shirazy


SN A. Samad Said

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah memberi banyak impak positif dalam kalangan guru pelatih di samping berjaya mencapai objektif yang ingin dicapai. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.

10:19 PM

KURSUS KEMAHIRAN BERFIKIR


AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN;
Pada 17 April 2009, biro pendidikan telah menjalankan kursus kemahiran berfikir. kursus ini telah mengambil tempat di Dewan Tun Fatimah , IPGM-Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Penyertaan daripada guru pelatih adalah sangat menggalakkan dan diharap agar kursus ini dapat memberikan sedikit sebanyak pengetahuan kepada guru pelatih. Penerapan ilmu kemahiran berfikir bukan sahaja penting ketika menjalani tempoh pengajaran dan pembelajaran, malahan juga penting untuk menjadikan seseorang individu itu bijak dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan kelak.

9:37 PM

Isu pelajar KPLI

merujuk kepada ;

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Surat/20090506222746/Article/index_html

Pada pendapat saya kenyataan di akhbar seperti ini adalah sangat keterlaluan. Saya adalah salah seorang pelajar yang telah lama mengikuti kursus di sini sangat tidak bersetuju dan terkilan dengan pernyataan tersebut. Setelah empat tahun berada di IPGM- Kampus Perempuan Melayu, Melaka, saya telah melalui pelbagai pengalaman di sini. Kampus ini telah menjadi sebahagian daripada hidup saya,jatuh bangun saya disini. Oleh yang demikian, saya merasakan adalah perlu untuk saya memberi pendapat terhadap isu yang ditimbulkan ini.

Pada pandangan saya, tekanan adalah sesuatu proses untuk mematangkan seseorang individu. Janganlah terlampau cepat melatah dan membantah. Pasti ada rasional disebalik tindakan dan arahan pihak atasan. Jika terjadinya sebarang kesulitan mahupun perselisihan faham, saya mengharapkan para pelajar di sini mengikut saluran yang betul untuk menyelesaikannya. Membuat kenyataan akhbar sedemikian bukan sahaja menjatuhkan imej institut malah ianya mampu mengubah pandangan masyrakat terhadap profesyen keguruan. fikir-fikirkanlah....

5:42 PM

Selamat datang ke blog biro pendidikan JPP IPGM Kampus Perempuan Melayu

Di laman ini saya mengharapkan padangan dan maklum balas daripada pengunjung untuk memantapkan lagi biro kami. Segala kerjasama dan sokongan dari semua pihak saya dahului dengan ucapan terima kasih...