9:37 PM

Isu pelajar KPLI

merujuk kepada ;

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Surat/20090506222746/Article/index_html

Pada pendapat saya kenyataan di akhbar seperti ini adalah sangat keterlaluan. Saya adalah salah seorang pelajar yang telah lama mengikuti kursus di sini sangat tidak bersetuju dan terkilan dengan pernyataan tersebut. Setelah empat tahun berada di IPGM- Kampus Perempuan Melayu, Melaka, saya telah melalui pelbagai pengalaman di sini. Kampus ini telah menjadi sebahagian daripada hidup saya,jatuh bangun saya disini. Oleh yang demikian, saya merasakan adalah perlu untuk saya memberi pendapat terhadap isu yang ditimbulkan ini.

Pada pandangan saya, tekanan adalah sesuatu proses untuk mematangkan seseorang individu. Janganlah terlampau cepat melatah dan membantah. Pasti ada rasional disebalik tindakan dan arahan pihak atasan. Jika terjadinya sebarang kesulitan mahupun perselisihan faham, saya mengharapkan para pelajar di sini mengikut saluran yang betul untuk menyelesaikannya. Membuat kenyataan akhbar sedemikian bukan sahaja menjatuhkan imej institut malah ianya mampu mengubah pandangan masyrakat terhadap profesyen keguruan. fikir-fikirkanlah....

3 comments:

Anonymous said...

salam...
memang x patot seorang bakal guru berfikiran dan menulis seolah-olah seperti manusia yang tidak pandai berfikir. hampir 4 tahun menuntut di IPG, saya seolah sudah lali dengan pelbagai permasalahan yang timbul. ada banyak cara lain untuk menyelesaikan masalah ini. situasi ini amat memalukan dan memberikan impak yang cukup besar di kalangan masyarakat. ape kata ibu bapa yang membaca komen tersebut, apa tanggapan dan persepsi yang mereka akan lontarkan terhadap institusi pendidikan. jangan terlalu cepat melatah. saya gambarkan situasi ini seperti tin kosong. dipukul dan kuat berbunyi tetapi isinya tiada. itu ke tindakan seorang bakal guru?tanya diri anda sendiri...jalan yang mana anda mahukan.

Anonymous said...

salam...
berkaitan dengan isu KPLI itu...pada pandangan saya memang tidak patut dan sangat melampau...saya yang berada hampir 5tahun di IPGM ini tidak berbuat demikian...inikan pula KPLI yang hanya xsampai setahun lagi di IPGM. belum pernah kenal asam garam IPGM sudah banyak kerenah...bersyukur lah anda diserap masuk dan berpeluang untuk dididik sebagai guru...dalam usia anda yang lebih tua..seharusnya anda berfikiran lebih positif dan terbuka...jangan terlalu emosional kerana isu ini memberi impak yang besar kepada pihak yang lain..tolong fikirkan..adakah senang anda memohon masuk ke IPGM?jika senang..tolong fikirkan rakan-rakan yang lain..jadi, jangan mencemarkan nama baik IPGM dan bech anda sendiri...sekian..

heEniZ said...

salam...
Seperti kenyataan rakan-rakan di atas, saya juga berpendpt bhw setiap tindakan yang kita lakukan perlu berfikir dengan rasional bukan emosional. Sekiranya apa yang kita lakukan tidak mendapat perhatian atau tidak diendahkan, kita perlu membuat sesuatu yang ada hitam putih supaya apabila dipertikaikan, kita mempunyai bukti yang kukuh dan boleh dirunding dengan cara yang baik. Saya rasa tidak perlulah sampai memberitahu org luar sehingga menjejaskan imej IPGM KPM.